twitter
rss

MULTIMEDIA DALAM PELBAGAI BIDANG KEHIDUPAN


Multimedia mempunyai banyak potensi yang boleh diterokai. orag yang bertanggung jawab untuk membina bahan multimedia ini perlulah menggunakan bahan multimedia ini secara efektif supaya ia mampu memberi sumbangan kepada pengguna.

Terdapat pelbagai bidang di mana multimedia dapat memberikan sumbangannya:


 a) Penggunaan Multimedia Dalam Pendidikan 

Penggunaan komputer multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah dengan matlamat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Multimedia memudahkan guru untuk menyampaikan bahan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan di bilik darjah. Dengan multimedia pendidik dan pelajar akan disediakan dengan pelbagai kaedah persembahan yang menarik.

Suasana pengajaran dan pembelajaran yang interaktif, menggalakkan komunikasi aktif antara pelbagai hala. Berbanding pendidikan tradiosional, guru atau pensyarah menggunakan buku teks, papan hitam atau putih, kapur tulis, peta, gambar dan suaranya sendiri untuk mengajar. Hari ini pengunaan bahan P&P multimedia telah diadaptasikan untuk memberi maklumat- maklumat tambahan dalam bentuk yang menarik kepada pelajar-pelajar.

Contoh perisian multimedia pendidikan ini adalah seperti ensaiklopedia, kamus elektronik, buku cerita elektronik dan perisian kursus. Konsep permainan dalam pembelajaran digabungkan supaya menghasilkan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan. Perisian-perisian ini adalah dari jenis pembelajaran di dalam kelas atau pembelajaran kendiri. Ia boleh digunakan untuk pembelajaran di rumah dan di sekolah. 

Perisian ensaiklopedia memberi peluang pembelajaran berlaku. Aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan penggunaan ensaiklopedia CD-ROM juga melibatkan pemikiran kritikal, mencari, menghubung dan menghasilkan maklumat.





b) Perniagaan

Penggunaan multimedia di dalam bidang perniagaan sangat meluas. Ini termasuklah dalam persembahan cadangan kertas kerja dan pemasaran. Di dalam dunia perniagaan, persembahan data dan statistik yang mudah difahami menggunakan bahan multimedia dapat menjamin minat pmembeli atau sokongan terhadap sesuatu perniagaan.

Disamping itu, pekerja bahagian pemasaran juga boleh mengajar pelanggan tentang produk yang akan dijual dan memberikan pelanggan perisian yang boleh melatih pelanggan menggunakannya.





c) Pengiklanan 

Di dalam bidang pengiklanan pula, multimedia banyak memberikan sumbangan. umpamanya, iklan yang dianimasikan adalah lebih menarik berbanding iklan yang kaku. Contoh-contoh iklan yang menggunakan multimedia ialah :

a) iklan di laman web
b) Papa iklan elektronik
c) Pengiklanan melalui cakera
d) Animasi tanah liat
e) Pengiklanan melalui kios





d) Penyebaran Maklumat 

Sistem dan bahan multimedia sangat berguna untuk penyebaran maklumat. Biasanya, sistem dan bahan ini digunakan pada ruang-ruang pameran. Bahan ini, dapat dipasang selama 24 jam tanpa henti. Oleh itu, ia dapat melayan pertanyaan pada bila-bila masa. In mengurangkan permintaan pada khidmat sumber manusia di ruang pameran tersebut.






e) Hiburan

Di dalam bidang hiburan pula, terdapat banyak jenis perisian permainan yang menguji pelbagai kebolehan pemain. Bahan multimedia yang digunakan mempunyai animasi dan grafik yang menarik. Kegunaan animasi dan grafik yang baik boleh dijayakan oleh bahan multimedia ini.

Bahan multimedia yang digunakan di dalam bidang hiburan ialah penggunaan teknik tiga dimensi. Teknik ini menampakkan grafik dan animasi yang lebih realistik atau hidup di dalam pembikinan filem layar perak. Disamping itu, multimedia juga digunakan di dalam klip video, persembahan, upcara rasmi dan montaj.







2 comments:

  1. ape tujuan nye

  1. nak tanye apa kegunaan multimedia dalam perindustrian dan pelancongan ye?

Post a Comment